Monday, April 20, 2015

Washi Tape / Masking Tape

Hello... bloggers!!!

Lamanya x update blog ni.
Nak kata xde masa, ada je.
I'm still here ok!
Suka baca, komen n balas klu ada yg komen.
Tu la kerja aku setiap kali terasa nak tgk blog.


Perhatian! 

Aku nak umumkan yg aku ada hobi baru.
X la baru sgt pun sebenarnya coz sblm ni pernah juga buat
cuma dulu benda yg aku maksudkan tu xde lg kat Malaysia.

Hobi baru aku tu --> kumpul 'Washi Tape'.
Masking Tape pun dia jg cuma ada beza sikit kot.
Ala, x kisah la. Bagi yg noob ni sama je.
Aku bukan pro nak explain kat korg.
Klu nak tahu apa benda tu sila la Google.
Jangan malas k.

**xpe la aku b'murah hati letak gambar d atas! wekkk..
Gambar tu antara washi koleksi aku. Tayang sikit jew!

Mula t'jebak dari blogger terkenal, Sabrina Tajudin.
Oh my! Dia mmg betul2 buat org sekeliling t'goda.
Mula2 planner, lepas tu washi.

Actually, bab planner tu mmg minat sejak sekolah lagi.
Aku suka kumpul diary/planner n sticker!
Cuma washi je baru nak jadi hobi.
Dulu mana la ada washi bagai.
Dulu ada sticker tp x menarik sgt mcm skrg ni.

Washi tu mmg betul2 m'goda!
I tell u...
Beli sekali, trs nak lagi n lagi.
Jadi addict pula.

Bila makeup skrg ni da mahal, niat nak saving!
Menjadi juga la tp sekejap je. Huhu.
Now, duit habis ke washi, planner n sticker pula.
Nangisssss...


Ok, tu je la aku nak share dgn korg.



Until next time ~~



Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, February 17, 2015

Tips : Bertunang 2015 (Bajet Terhad)

Hello... bloggers!!!

Credit : Google


Apa khabar semua??? Masih ada ke yg sudi singgah ke blog ni?
Kalau ada terima kasih banyak-banyak coz sudi juga baca.

Kali ni nak bagi tips kepada yg bakal bertunang. Suka tak?
FYI, saya bertunang pd tahun 2013. So, dah tiba masanya saya nak kongsi tips.
Harap dapat membantu la yea...

Tips ni lebih kepada yg bakal bertunang secara 'bajet'.
Maksudnya, bajet korg terhad la atau jenis yg x nak membazir giteww.


1. Baju - Buat 1-2 bulan awal sebelum majlis. Itu mengelakkan kelam kabut.
Kalau saya dulu beli melalui online je. Senang. Saya pilih baju design Vercato.

2. Hand Bouquet : Tidak wajib tapi hand bouquet ni bikin penyeri atau
klu tengah nervous tu dapat jg cover. Hehehe...
Ada 2 pilihan samada nak bunga fresh atau bunga palsu.
Bunga palsu boleh jimat coz boleh pakai semula time nikah atau sanding
tapi ada ke yg nak guna semula nanti? Hihi. Kalau saya dulu guna bunga fresh
coz bunga fresh ni best. Perasaan guna bunga fresh ni lain sikit. Hikhik.
Nak jimat buat sendiri. Sila Google macamana cara nak buat hand bouquet.

3. Makeup - Bagi yg x pandai makeup better upah mak andam (MUA).
Apa salahnya bayar lebih sikit utk majlis sendiri tp kena pandai pilih
mak andam la. Pastikan korg tgk portfolio/gambar customer yg pernah
mak andam tu kasi makeup then survey harga yg mereka caj.
Kalau saya dulu makeup sendiri je. Save bajet lagi.

4. Kasut - Majlis bertunang ni kasut tak berapa penting tapi kena sediakan jg
manatau ada untuk sesi bergambar. P/S : jangan lupa pakai stokin nipis.

5. Hantaran - Selalunya hantaran dulang 3 vs 5 atau 5 vs 7.
Kena fikir betul-betul apa yg berbaloi utk dijadikan hantaran.
Kalau saya elakkan terlebih kepada makanan sebab klu makanan ni tidak
boleh dijadikan kenangan coz utk belah perempuan 5 je. Muahahaha...
Hiasan pula klu nak jimat sila buat sendiri.
X perlu sewa bagai coz kalau sewa ni caj mahal.
Lepas tu membazir coz barang x dapat.
Lebih baik buat sendiri coz bila habis majlis dulang tu
boleh guna semula samada untuk hantaran nikah atau buat dekorasi.

Hantaran saya dulu :

Perempuan

1. Cincin
2. Handbag
3. Makeup
4. Perfume
5. Kek


Lelaki

1. Dompet
2. Perfume
3. Baju Kemeja
4. Seluar
5. Buah
6. Coklat
7. Kek

6. Senarai tetamu - Jemputan majlis bertunang selalunya hanya
keluarga terdekat, sahabat & jiran. Kira-kira 100 orang atau kurang.
X perlu kad jemputan atau jemput ramai orang sangat
coz baru bertunang je dulu kan...

7. Menu - Makanan kena ada ayam, daging, ikan. sayur, buah & kuih-muih.
Minuman pula selalu 4 jenis iaitu air mineral, kopi, nescafe & sirap. Contoh je tu.
Terpulang pada selera masing-masing.

8. Mini Pelamin - Harga sewa mini pelamin sekarang dalam RM150 dan ke atas
(lain area lain harga). Buat sendiri pun boleh tapi pastikan bajet buat sendiri tu
tidak melebihi dr harga sewa. X nak mini pelamin pun x apa
coz bertunang je pun kan. Beli je karpet 'bulu-bulu' tu dan bantal kusyen khas
untuk duduk di lantai atau nak jimat lagi tunggu je dlm bilik mcm zaman dulu-dulu.

9. Doorgift - Tidak wajib. Ikut sukahati korg nak atau tidak.


Nampak je macam susah kan?

Ala... tidak susah mana pun cuma kena pandai fikir & urus.

Jangan jadikan majlis korg tu menyusahkan diri korg, keluarga & bakal tunang.

Ikut kemampuan k...

**Sedangkan ada je orang kaya buat sederhana apatah lagi korg kan?


Terima kasih kerana sudi membaca!


(^-^)



Apa kata anda? KOMEN je ...

Thursday, September 25, 2014

TIPS membeli produk M.A.C

Hello... bloggers!!!

Credit : Google Image


Entri sebulan yg lalu saya nak bagi TIPS membeli produk M.A.C kan?
Sebulan kemudian baru nak bagi tips. Apa la.. Haha.

Saya nak berikan beberapa tips bagi yg pertama kali nak beli M.A.C.
Excited tak? Muahaha..


10 TIPS membeli produk M.A.C


#1 : Senaraikan barang nak beli.

Ini penting tau! Takkan nak ke counter beli tanpa tujuan.
Mesti senaraikan produk apa nak beli.

Contoh : Foundation, Concealer, Lipstick dll...


#2 : Buat rujukan pada produk.

Sila buat rujukan mengenai produk yg nak dibeli. Kena tahu mengenai produk
dan kesesuaian pada jenis kulit.

Contoh : Studio Fix, Mineralize, Pro Longwear dll... 


#3 : Ketahui jenis kulit.

Bila sudah pro pasal produk, jenis kulit sendiri pun kena tahu.

Contoh : Very dry, Dry, Combination, Oily & Very oily.


#4 : Ketahui jenis produk serta kesesuaian pada kulit.

Foundation ada banyak jenis seperti matte, semi-matte, satin dll...

Contoh : Foundation Studio Fix jenis matte finish, sesuai untuk
kulit oily, long-wearing atau bagi yg suka jenis matte.


#5 : Kira harga.

Bila sudah senaraikan apa nak dibeli, sila kira harganya sekali.
Sangat penting untuk tidak terlebih bajet sebab anda akan
rambang mata bila masuk counter M.A.C nanti. 


#6 : Tetapkan pendirian.

Kena tetapkan pendirian bila masuk counter M.A.C nanti.
Kenapa ek? Sebab korg akan dipujuk rayu oleh SA untuk membeli
produk dengan banyak. Disitu korg akan terlebih bajet. Baik tetapkan
pendirian takut wang tak cukup pula. Nanti malu weh!


#7 : Beli produk dengan kuantiti sikit atau banyak?

Ini pengalaman saya la, pertama kali pergi counter M.A.C memang saya beli
dengan banyak sebab nak buat untuk hantaran. Hehe.
Mula2 tu SA macam layan tak nak layan je. Bila SA dapati saya tahu mengenai
produk mereka, terus SA pun terus melayan saya dgn baik. Haha.
Bila saya beli banyak, lagi la mereka terlebih melayan dgn baik. Bwahaha.

Tapi jangan pula korg sedih. Tidak salah membeli 1 benda je.
Tak perlu malu sebab cuma beli sebatang lipstick.
Apa yg penting, kena tahu pasal produk dan korg cakap la,
"saya nak cuba yg ini dulu", "next time saya beli"...


#8 : Jangan takut!

Bagi yg belum pernah ke counter M.A.C, mesti ada rasa nak masuk tetapi
perasaan takut tu terlalu tebal. Memang tidak dinafikan ada SA yg tidak
mesra dan poyo. Tips dari saya, ABAIKAN je mereka tu! Set minda anda yg
korg ada duit, buat apa nak takut? Yg penting korg dapat beli apa yg korg
impikan selama ni.  


#9 : Extra-budget.

Walaupun korg sudah senaraikan produk & harga, sukacita saya
ingatkan bahawa sila bawa lebih wang anda, takut2 terlebih beli
yg tak sepatutnya. :P


#10 : Shopping online website M.A.C

Kalau masih juga tidak berani, takut atau malu nak ke counter M.A.C,
korg boleh shopping di websitenya. Cuma saya nak pesan kalau nak
beli foundation atau concealer kena pergi counter supaya korg boleh mencuba
shade apa yg sesuai untuk kulit anda.






Apa kata anda? KOMEN je ...