Sunday, January 13, 2013

Best of 2012

Hello...bloggers!!!

walaupun 2012 dah berlalu
tapi saya nak berkongsi antara produk kegemaran saya
sepanjang tahun 2012
maaf la sebab sebelum ni internet sangat slow
so, mood nak buat entri pun dah hilang

Best of 2012
berdasarkan produk yang telah saya guna
ada juga beli pada tahun 2012 tapi belum guna
hihihi


Eyes & Cheeks

Silkygirl Handbag Love - Desert Rose
suka warna natural dan packaging berbentuk handbag
comel kan?

L.A Colors - Fabulous
warnanya sangat cantik terutama warna di tengah
selalu guna warna di tengah tu
warnanya seperti warna dark violet


Hello Kitty Parisienne Eyeshadow & Blush palette 
obses dengan Hello Kitty sebab comel
tapi jangan pandang remeh akan warnanya
sangat cantik terutama warna purple(eyeshadow) dan pink(blusher)
tengok packagingnya, comel kan?
hihi

Physicians Formula Happy Booster
Glow & Mood Boosting Blush
blusher yang comel!
ada bentuk love
bau pun wangi...



NYX Jumbo Eye Pencil - Milk
selalu guna sebagai eye base sebelum apply eyeshadow
warna eyeshadow akan jadi terang berbanding hanya pakai eyeshadow semata

MUA Glitter Eyeliner - Gold & Black
glitter eyeliner paling digemari
glitternya sangat-sangat cantik
sekarang yang warna hitam nak habis 
tinggal 10% saja
sob-sob
next time nak order lagi
harap-harap seller tu masih jual lagi

Colour Sense Shimmer Glide Eyeliner
sangat obses dengan eyeliner jenis glitter atau shimmer
yang ini eyeliner jenis shimmer yang sangat senang nak guna
lembut je bila nak lukis
glitter dan shimmer ada perbezaan tau

Sleek Makeup Kohl Pencil Glitter Black
antara eyeliner glitter jenis pencil yang saya selalu pakai

NYX Eyebrow Shaper
produk ni untuk perkemaskan bulu kening yang tidak teratur
saya tak cukur kening
so, sangat la sesuai pakai benda ni
hasilnya best dan berbaloi dengan harga

Maybelline Hyper Curl Mascara Hello Kitty Edition
mascara yang tidak perlu guna pelentik bulu mata
tapi saya guna juga sebab nak nampak lebih lentik
hahaha


Lips

Silkygirl Fruitti Tropical Bliss Trio Lip Balm
lip balm paling best setakat ini
bau sedap dan ada SPF15
saya pilih jenis strawberry, lemon & anggur
sekarang perisa strawberry nak habis
lepas ni boleh guna perisa lemon pula
yay!

MAC - Mellowarm Frost
satu-satunya lipstick dari MAC yang saya ada
tidak hairan la kenapa ramai suka MAC
saya sendiri sudah cuba
ternyata memang bagus
warna jangan cakap la
confirm cantik

Urban Decay - Sellout
suka dengan lipstick ni sebab packagingnya unik
warna pun cantik

MUA - Shade 11
lipstick MUA pertama saya beli
warnanya setanding dengan jenama mahal
nak tau harga lipstick ni?
RM9.00 saja
murahkan?

MUA Professional - Lip Boom (Doin Good)
jenis duo
sebelah lipstick dan sebelah lagi lip gloss
lipstick jenis matte
best juga jenis matte
sebelum ni tidak pernah cuba sebab takut bibir kering
bila dah cuba baru la tahu yang jenis matte sesuai untuk saya
lip gloss pula glitternya sangat-sangat cantik
sesuai pakai waktu malam atau majlis tertentu


Skincare

JF Skin Solutions
sabun paling best
jerawat pun susah nak tumbuh
sesuai untuk wajah dan juga badan
memang disyorkan oleh doktor

Oilum - Moisturizing Soap with Collagen
sesiapa yang mempunyai kulit kering
amat la sesuai 
saya jenis tidak berapa suka pakai losyen di kaki
pakai tapi jarang, ikut mood
pakai sabun ni saja dah cukup buat kaki saya lembab seperti memakai losyen

Sothys
cleanser kedua best selepas dermalogica
wajah jadi bersih tanpa jerawat
susah nak cari produk ni di tempat saya
hm..


Anti-bacterial

Vanilla Bean Noel
bau vanilla yang sedap
macam bau cookies pun ada

Vampire Blood
hand sanitizer dari BBW yang pertama saya beli
bau plum
sedap...

Twilight Woods
bau musky
tapi jenis musky yang saya suka
sedap...


Perfume

Silkygirl Sweet Temptation - Bold Becky
banyak-banyak perfume dari Silkygirl
ini la paling saya suka!
sedap sangat baunya..
jarang saya jumpa bau sama Bold Becky ni dengan mana-mana perfume
kalau ada pun maybe saya belum jumpa
masa mula-mula hidu, terus jatuh hati
kalau boleh nak sentiasa bau Bold Becky 24 jam
Bold Becky ni tahan selama 6 jam

Especially Escada
perfume ni antara kegemaran saya
susah sangat nak cari perfume ni
mula-mula tu macam tak banyak di pasaran
sekarang saya ada vial, losyen dan solid fragrance
mini pula saya dah order 
tinggal shower gel je tiada dalam koleksi
saya suka bau perfume ni yang segar dan bau ros
asal ros memang saya suka
hehe...
Especially Escada ni tahan sehingga 8 - 10 jam
bergantung pada individu masing-masing

Aquolina - Pink Sugar
ini pun antara perfume kegemaran saya
masa mula-mula hidu terus addicted
haha...
perfume ni juga susah nak cari
terpaksa beli secara online
saya suka bekas botolnya
comel!
Pink Sugar ni kalau saya tahan 24 jam


Body Mist

Victoria's Secret - Wild One
baunya sangat sedap!
walaupun nampak tidak banyak guna
sebenarnya saya takut nak habiskan
sebab Wild One ni dah discountinue
tu sebab saya nak habiskan dulu testernya

Victoria's Secret - Passionate Kisses
selain rose, cherry antara kegemaran saya
kalau la saya diberi cherry 1 botol
saya sanggup habiskan
cherry yang dah kena jeruk la bukan yang fresh
yang fresh tu masam giler!
(atau saya yang salah pilih cherry? haha..)
body mist ni sedap baunya
kalau saya tak banyak body mist
mesti dah tinggal separuh
nasib baik banyak, ganti-ganti spray

Victoria's Secret - PINK Fresh & Clean
merupakan hadiah dari bf saya
hehe...
saya suka packagingnya yang comel
bau pun best, bau fresh
body mist ni 1 set dengan losyen dan tin box
memang berbaloi!

Bath and Body Works - Sweet Pea
Sweet Pea merupakan body mist dari BBW yang paling saya suka 
sedap sangat baunya
kalau boleh nak bau bilik bau Sweet Pea
nasib baik susah nak order candle dan wallflower(electric fragrance) BBW ni
kalau la ada seller yang jual alangkah bestnya!


Lotion / Cream

Victoria's Secret - Wild One
body cream yang best!
bila pakai ianya tidak melekit dan cepat menyerap

Bath and Body Works - Sweet Pea
dapat losyen ni dengan harga super murah
sangat happy tau sebab full size lagi

L'Occitane - Velvet Hand Cream Rose 4 Reines
krim tangan yang best
cepat menyerap dan bau ros yang lembut!

Vaseline - Perfect 10
banyak kelebihan losyen ni
merupakan losyen pertama dari Vaseline yang saya cuba
cepat menyerap merupakan antara elemen pertama saya cari
Vaseline Perfect 10 ni antara salah satunya
bau lembut.. nice je..

Victoria's Secret - PINK Fresh & Clean
losyen super lembut
ringan je bila pakai
tidak terasa pun pakai losyen
dan paling penting cepat menyerap


Face & Eyes

Hada Labo - Arbutin Whitening Lotion
masa mula-mula beli saya keliru nak beli antara
botol biru ni dengan yang putih tu
beli Hada Labo ni pun bukan nak putihkan wajah pun
saja la nak mencuba katakan
hasilnya yang saya nampak setakat ni ok la 

Juiceauty - Oil-Free Moisturizer
saya suka moisturizer ni sebab ianya membuatkan wajah bebas minyak
pakai sebelum pakai makeup
memang best!

Hwanghansoo - Imperial Prescription Eye Cream
illuminating & firming
krim mata yang saya guna sekarang
setakat ni not bad juga
ada kesan positif walau sedikit


Pimple / Acne / Blemish

Eskinol - Pimple Fighting
saya guna eskinol ni sebagai toner
kotoran akan tanggal setelah sapu eskinol ni
jerawat pun dah jarang nak tumbuh

OXY - Blemish Control Moisturizer
selepas pakai toner kena la juga pakai moisturizer kan?
OXY ni best
teksturnya ringan bila di sapu pada wajah

Clinelle - Blemish Clear 
gel ni sangat bagus
bila sapu pada jerawat ianya akan mengecut
dan meredakan jerawat tersebut


Wet Tissue

Antabax
saya suka anti-bacterial cleansing wipes dari antabax ni
baunya sangat best, fresh!

Hello Kitty
ini pun saya suka sebab keluaran Hello Kitty
baunya lembut tak berapa kuat



OXY - Blemish Control Wipes
saya sentiasa beli OXY wipes ni
sentiasa ada stok
hihihi
wajah akan terasa bersih bila lap guna OXY wipes ni

Biore - Makeup Remover
the best ever!
nak tanggalkan mascara waterproof pun senang!
paling saya suka ianya boleh untuk bibir juga
ini pun sentiasa ada stok
kehkehkeh


Serum

Zilan Vital - Hair EssenceSerum
saya suka serum ni sebab wangi
bau musky sedikit tapi tidak terlalu kuat
boleh pakai ketika rambut basah dan kering

TRESemme - nourishing rituals
serum ni best sebab rambut akan jadi lembut
selembut-lembutnya
ada coconut dan argan oil
baunya sweet 


Spray

L'oreal Paris - Nutri-Gloss Light
sesuai kepada yang mempunyai rambut berminyak
diperkaya dengan protein mutiara dan citrus
rambut akan ringan, halus dan berkilau

Zilan Vital - Hair Essence Water
mengandungi 7 bahan semulajadi
melindungi rambut dari kepanasan pengering rambut
atau pelurus rambut, curler dan sinar UV


ops! entri panjang sangat la pula
hahaha

bye-bye..

^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Saturday, January 5, 2013

Haul : Bath and Body Works Vanilla Bean Noel, Pink Sugarplum & Sweet Cinnamon Pumpkin

Hello...bloggers!!!

Selamat Tahun Baru 2013
saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini
terutama sekali kepada Awesome Buddyz! saya
tidak lupa juga kepada silent reader
terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawat blog saya
yang tersangat la tak berapa menarik ni

ini merupakan entri pertama pada tahun 2013
sebelum ni entri kasut tu untuk tahun 2012
oleh kerana masalah internet lembab
saya nak post sebelum jam 12.00am tetapi ter-post pula
nak hampir 12.00am dah
masa tu jam 11.59pm
hahaha

entri pertama ni saya nak mulakan dengan haul

Bath and Body Works

Sweet Cinnamon Pumpkin

bau yang musky di mana hidung saya masih boleh terima
rasanya candle lagi best sebab untuk candle scent ni sangat la popular
malah best seller


Vanilla Bean Noel

ini merupaka fav saya. baunya sangat-sangat sedap!
1st time hidu semasa beli hand sanitizernya
bila ada seller nak jual
terus saya cakap order la Vanilla Bean Noel
lama juga tunggu sebab order direct dari USA
bila sampai terus tanya ada tak?
fuh, nasib baik ada
haha


 Pink Sugarplum

sangat sweet. bau buah yang segar.
sedap baunya. sesuai spray waktu malam
terutama masa nak tidur


setiap satu 88ml. beli size kecil ni boleh try banyak scent
betul tak?

lepas ni nak kumpul banyak lagi body mist & candle dari Bath and Body Works
hihihi


**Harap-harap la lepas ni ramai seller jual candle BBW**


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...

Tuesday, January 1, 2013

Haul : Santa Barbara Polo & Racquet Club & Larrie

Hello...bloggers!!!

semalam saya sempat shopping 2 pasang kasut
time sale ni la harus membeli
saya mulakan dengan kasut dulu
kasut yang saya pilih ni sangat la selesa di pakai
(semasa mencuba)
harap-harap la semasa pakai lama sikit nanti ok
huhuhu
1st pegi la ke parkson
berkenan dengan 2 kasut ni
flat dan wedges
yang tak bestnya bila minta size 35 yang baru (dalam stok) jenis flat
kata seorang SA tu tiada la konon tinggal itu saja
saya pun mana la mahu sebab bekas orang cuba
tapi nampak macam baru
ok, hampa di situ
kasut wedges pula saya dah takde mood nak tanya size
sepanjang perjalanan terbayang-bayang pula
nampak gayanya kena beli juga

hari berikutnya, saya pegi metrojaya
try tanya kasut wedges tu
bila minta size 35
mau tau apa SA tu bagi???
size 38
see, betapa bijaknya SA tu kan?
kurang asam betul!
terus blah...

hari seterusnya lagi, pegi Parkson tapi lain tempat
ok, wedges tu ada
saya nak warna orange
memang berkenan dengan yang orange tu tapi tiada pula size 35
uwa...
cuma kelabu saja ada size 35
so, ambil je la warna kelabu
nanti pegi Parkson lagi yang 1st tu dua-dua warna tiada size 35 kan merana


design yang simple, ringan dan paling penting selesa!
kalau ada warna oren dah matching dengan peplum oren saya


then pegi semula parkson yang 1st
kali ni nak juga kasut flat tu sebab parkson yang 2nd tu tiada
saya ambil keputusan nak beli juga
tiada yang baru, ambil yang display je la
saya redha
saya cakap la mau yang ini
SA lelaki cakap kepada SA perempuan tu ambil yang baru
masa tu ada SA perempuan yang cakap dah tiada baru tu ada di sana
dia cari la bersama SA perempuan yang lain
(kebetulan pekerja parkson ramai masa tu)
mereka cari stok di luar
saya pun ikut sama tengok
SA perempuan yang satu lagi cakap ada pun yang baru
hahh...
kan dah malu
tu la belum cari lagi dah kata tiada
dasar pemalas!
baik jangan kerja kalau malas


dapat harga murah RM39.75 selepas 50% diskaun


^___^


Apa kata anda? KOMEN je ...